Pada 6 April yang lalu, Ezi2Travel telah berkunjung ke Mengkuang Titi, Pulau Pinang bagi mengagihkan sumbangan zakat kepada asnaf. Selain itu, terdapat juga aktiviti memasak bubur lambuk oleh ahli qariah Mengkuang Titi untuk diedarkan kepada umum. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara Ezi2travel bersama ahli qariah Mengkuang titi serta meringankan beban asnaf.