[slzexploore_core_block_title_sc style_title=”2″ title=”PERSOALAN”]
Air Zam-Zam
Kami membekalkan 5 liter air zam-zam untuk setiap jemaah yang boleh didapatkan selepas mendarat di KLIA. * Tertakluk kepada kebenaran dari kerajaan Arab Saudi.
Bayaran Tempahan Pakej Umrah
Anda boleh membuat bayaran deposit sebanyak RM 1,000 sahaja untuk menempah pakej Umrah dan perlu menjelaskan baki sebelum 45 hari sebelum berlepas.
Jarak Hotel Di Mekah Dan Madinah
Jarak Hotel di Mekah: 50 Meter, Lokasi Madinah: 70 Meter. (Pakej VIP)
Sekiranya anda memilih Pakej yang lebih murah maka jarak Hotel adalah 150 – 300 Meter dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Jumlah Penghuni Bilik
Jumlah penghuni bilik adalah mengikut Harga pakej yang dipilih.
– Bilik Quad (Berempat)
– Bilik Tripple (Bertiga)
– Bilik Double (Berdua)
Makanan Di Mekah & Madinah
Makanan yang disediakan di Madinah dan Mekah adalah FullBoard (Sarapan, Tengahari, Malam) @ Packing, Untuk kemudahan kepada para Jemaah.
Membatalkan Penyertaan Pakej
Boleh tetapi pulangan wang adalah berdasarkan pemotongan berikut:
-
Deposit pendaftaran: RM1000 tidak dikembaliSebelum 30 hari: separuh sahaja dikembalikan
-
8 –30 hari: 25% dari harga pakej dikembalikan
•kurang dari 8 hari sebelum bertolak: Kesemua wang Tidak akan dikembalikan
Nak Beli Pakej Ground dan Visa Sahaja
In Sya Allah boleh. Kami perlu berbincang dengan anda terlebih dahulu dengan lebih terperinci sebelum kami memberikan harga.
Passport & Visa
Mengenai visa, anda tak perlu bimbang kerana pihak kami akan menguruskan visa anda. Anda dikehendaki menyediakan dokumen yang diperlukan seperti Pasport Asal, Gambar Visa, Suntikan ACYW 135 dari klinik berdekatan dan lain-lain yang berkaitan.
Untuk passport, anda perlu uruskan sendiri. Jika anda belum memiliki passport, sila berbuat demikian di Jabatan Imigresen yang berdekatan dengan anda dan memastikan cawangan Jabatan Imigresen itu boleh mengeluarkan dalam tempoh 1 jam.
Pembimbing / Mutawwif
Ustaz pembimbing dan mutawif yang berpengalaman akan sentiasa bersama para Jemaah dan membantu serta berusaha mempermudahkan urusan sepanjang di tanah suci Mekah dan Madinah.
Pengurusan Aqiqah & Wakaf Di Mekah
Para Jemaah boleh menghubungi pihak pengurusan untuk keterangan lanjut.
Tarikh Jadual Penuh / Tidak Memenuhi Tarikh Anda
Anda masih boleh berbincang dengan pihak EZi2Travel. Kemungkinan tarikh yang anda hajatkan telah ditutup disebab sudah penuh, tetapi barangkali ada pembatalan saat-saat akhir yang membolehkan penyertaan anda dimasukan.
Telah Membuat Pembayaran Tetapi Permohonan Visa Tidak Berjaya
Bayaran balik harga pakej akan dibuat selepas menolak semua kos yang ditanggung oleh Syarikat Penerbangan, Penginapan dan kos lain dan mengikut budi bicara EZi2Travel.
Ubat-Ubatan Semasa Di Tanah Suci
Para Jemaah adalah dinasihatkan supaya membawa ubat-ubatan yang mencukupi semasa berada di tanah suci kerana harga ubat di Arab Saudi adalah mahal.